Saturday 22 September 2012

Apa Itu GC??

Bismillahhirrahmannirrahim,,
Assalamualaikum kepada semua stalker blogger.. Harini kami akan membongkarkan maksud GC kepada anda semua. Apa Itu GC?? Okay. GC adalah singkatan bg Gambelan dan Caklempong. Selalunya alat-alat muzik ini dimainkan sewaktu majlis-majlis dijalankan. Seperti majlis perkahwinan,anugerah cemerlang,majlis formal dan tidak formal di istana dan sebagainya.
    Gambelan,perkataan "gambelan" berasal daripada perkataan jawa "Gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gambelan adalah himpunan alat muzik yg biasanya menonjolkan metalofon,gambang,gendang dan gong. Orkes gambelan kebanyakkan terdapat di pulau Jawa,Madura,Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. 
    Gambelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gambelan dan diikuti oleh isteri kedua sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gambelan ke terengganu. Dibawah adalah sedikit sebanyak gambar-gambar alat muzik gambelan yang dapat kami tunjukkan. 

1. Bonang

Dikenali juga sebagai keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada "perunggu". Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 otafyang berlarae "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan. Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa Jawa,Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang". Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr.Emile Cheve dari Perancis. 

2. Gambang

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagai Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yg lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi. Menggunakan 2 bilah pemukul khas bagi mengahasilkan bunyi.

3. Sarong

                             Dari atas Saron Demong,Saron Barong dan Saron Pekin.

a) Saron Demong

Saron Demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala "anhemitonic pentatonik". Dalam proses penghasilan bunyi,kayu pemukul khas digunakan lazimnnya dari jenis yang lembut. 

b) Saron Barong

Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut. 

c) Saron Pekin

Dikenali juga sebagai saron penerus. Sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.


4. Kenong 

Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gambelan Melayu di Malaysia. 


5) Gendang

Berperanan sebagai penyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak" pada permukaan kecil .


6) Gong

Dalam Ens Muzik Gambelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.



Lagu-lagu yang biasanya dimainkan di dalam gambelan ialah :


Timang Burung 

Ketam Renjong 

Togok

Overture

Ikan Kekek



Caklempong

Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.

Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.

Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.

Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.

Alat-alat muzik Caklempong 

Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.

Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.


1. Bonang 

Bonang Caklempong diperbuat daripada perunggu atau tembaga. Bentuknya sama seperti gong atau tetawak kecil. Saiznya sama besar dengan sebuah piring. Seperti gong, bonang juga mempunyai cembol atau tombol bulat di bahagian tengahnya. Bahagian inilah yang perlu diketuk. Bonang di atur atas dua baris tali yang telah diikat di dalam tepak Caklempong. Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan bahagian luar cembol.


2. Gereteh 

Caklempong Gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan. Seelok-eloknya satu Ensembel Caklempong mempunyai dua set Gereteh supaya Gereteh yang kedua dapat memainkan kaunter melodi.


3. Caklempong Tingkah 


Caklempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.


4. Sawau 
Caklempong Sauwa mempunyai lapan biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh).


5. Gendang Ibu dan Gendang Anak 


Gendang mempunyai dua saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak. Baluh berbentuk cemb
ung dan dua muka kulit gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Muka kulit gendang dipukul dengan tangan oleh dua orang pemain untuk menghasilkan rentak terhasil (resultant rhythmic pattern) melalui teknik permainan bertingkah.



6. Bangsi dan Serunai 



Serunai, Pupuik. Alat muzik erofon yang terdapat dalam ensembel caklempong tradisional sama ada bangsi (berbentuk rekorder, lebih kurang 17 sentimeter panjang) atau serunai (paip pelidah), atau pupuik (alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa. Bangsi diperbuat daripada buluh dengan 7 lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh caklempong.Serunai diperbuat daripada sebatang buluh yang kecil yang panjangnya lebih kurang 17 sentimeter. Di samping itu sebuah paip buluh yang lebih kecil berukuran 6 sentimeter dan mempunyai pelidah dimasukkan ke dalam hujung serunai. Serunai mempunyai 4 lubang jari dan menghasilkan muzik berasaskan skel pentatonik.

Pupuik terdiri daripada pupuik gadang (diperbuat daripada daun kelapa) dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk kerbau). Kebiasaannya, erofon ini membawa melodi yang sama dengan caklempong gereteh terutama dalam lagu yang dihasilkan.


Dalam ensemble caklempong moden, gereteh, tingkah dan saua dikekalkan, tetapi alat yang mengiringi ensembel tersebut mungkin juga gitar dan gitar elektrik, dram barat atau rebano (rebana), arkordion, mandolin serta alat lain. Lagu-lagu yang dimainkan adalah daripada repertoir randai tradisional hinggalah kepada melodi kontemporari atau sezaman

Rupabentuk, penjarian dan cara meniup bangsi adalah serupa dengan rekoder. Meniup bangsi adalah lebih mudah daripada meniup rekoder kerana bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Bangsi diperbuat daripada jenis buluh yang baik di mana ianya direndam, dijemur dan diawet sebelum dijadikan bangsi. Serunai pula diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai hanya berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai hanya boleh menghasilkan 5 not iaitu C, D, E, F dan G.


7. Kayu Pengetuk

Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.


Sampai disini saje laa yep. Ni pun dh ckop panjang dah. So hope u all enjoy it.. ^^


Sekian Terima Kasih.